• 1 Project 1
    Suspendisse turpis arcu, dignissim ac laoreet a, condimentum in massa.
  • 2 Project 2
    uisque eget elit quis augue pharetra feugiat.
  • 3 Project 3
    Sed et quam vitae ipsum vulputate varius vitae semper nunc.
  • 4 Project 4
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit.

Korporat Profail

| |
Pengenalan Syarikat

AEY ZACK INDUSTRIES (001885590-m) merupakan syarikat yang mengusahakan Projek Akuakultur secara sepenuh masa yang berstatus bumiputra. Aey Zack Industries mendapat khidmat nasihat teknikal, kepakaran dan teknologi pengurusan perikanan semasa daripada Jabatan Perikanan Negeri dan juga agensi yang terlibat supaya projek yang diusahakan dapat mengeluarkan produk yang boleh mencapai piawaian kualiti bertaraf antarabangsa. Aey Zack Industries juga berhasrat ingin melebarkan jaringannya dalam membuka pasaran yang luas dalam industri perikanan negara ke peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Aey Zack Industries telah melaksanakan Projek Akuakultur ini di peringkat awalan yang dikenali sebagai Program Akademi Akuakultur dengan kawasan yang telah dibenarkan dan diluluskan oleh Jabatan Perikanan Negeri.

Berdasarkan falsafah kami iaitu 'Kunci ke Dunia Akuakultur', Aey Zack Industries telah mencetuskan satu revolusi baru dalam perjalanan ke dunia akuakultur dan berusaha untuk mencipta sesuatu yang baru dan mengujakan.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah mewujudkan satu pemudah cara yang membuka saluran informasi kepada orang ramai. Justeru, Program Akademi Akuakultur ini telah ditubuhkan dan dilaksanakan sebagai satu medium utama untuk menyampaikan pengumuman, perkhidmatan, perangkaan dan maklumat umum. Lantaran itu juga, ia disusun sebagai sumber rujukan kepada semua yang berkepentingan dalam meluaskan konsep masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan di dalam bidang akuakultur.

Visi

Menjadikan Program Akademi Akuakultur kunci kepada dunia akuakultur seiring dengan falsafah kami melalui komitmen ke arah kecermelangan di dalam teknologi sains, pendedahan dan pertukaran maklumat. Ini akan menyumbangkan progresif kepada pembangunan dunia akuakultur kita.

Misi

* Menjadikan gambaran sebenar Visi menjadi realiti.
* Kesinambungan yang berterusan dalam memperbaiki pengurusan dalam kecemerlangan.
* Menjadikan sebuah program yang dapat mendidik Peserta melalui pengalaman.
*Mengekalkan kualtiti pada tahap tertinggi, menerima teknologi untuk mengurangkan kos dan mempertingkatkan tahap perkhidmatan.
* Sentiasa memastikan Peserta sebagai subjek utama.

Objektif

* Komited menghasilkan produk perikanan yang tersendiri dan berkualiti.
* Berusaha ke arah mempertingkatkan dan menerokai peluang perniagaan baru yang telah dikenal pasti berdaya maju melalui projek akuakultur secara komersil untuk melahirkan para usahawan dan usahawanita yang bermaklumat dan berpengetahuan dalam bidang akuakultur.
* Membangunkan industri akuakultur secara komersil dan secara tidak langsung memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
* Merealisasikan sasaran pengeluaran ikan dengan memberi penyerapan segar kepada Peserta tentang dunia akuakultur agar dapat memastikan pendapatan melebihi paras kemiskinan.
* Menjadikan sektor perikanan berdiri kukuh di peringkat antarabangsa.

Teras Utama Perniagaan

Mengeluar, menghasil dan memasarkan hasil tangkapan laut meliputi benih ikan marin dan ikan marin cukup matang termasuk lain-lain hasil tangkapan laut yang bebas penyakit setelah dirawat bagi pasaran tempatan dan eksport.

Piagam Pelanggan Program Akademi Akuakultur

Kami komited untuk menjadikan bidang akuakultur sebagai satu model melalui arahan pelaksanaan strategi untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan adil kepada semua Peserta seperti berikut:

Maklumat
Sentiasa menyediakan pelbagai maklumat terkini dari tarikh penerimaan permohonan tentang dunia akuakultur.

Keutamaan Peserta
Keutamaan secara eksklusif diberikan kepada Peserta dengan melayani dan mengambil tindakan ke atas setiap pertanyaan dan aduan dan pakar kami bersedia untuk memberikan maklumbalas khidmat sokongan teknikal beserta penerangan dan pendedahan yang terbaik bagi Peserta.

Kelebihan Penyertaan yang Tinggi
Perlaksanaan Program ini akan memastikan Peserta mempunyai kelebihan dan ganjaran yang dapat dinikmati setiap Peserta dan juga produktiviti yang tinggi.

Penyertaan Murah, Tidak Berlebihan
Memberikan Peserta dengan pilihan perkhidmatan tanpa menimbulkan kecurigaan kualiti dan layanan perkhidmatan dari Pihak Pengurusan kami.

Operasi Lebih Cekap
Dengan adanya tenaga kerja yang berpengalaman, kami sentiasa memastikan segala proses dan kelengkapan mencukupi agar segala operasi berjalan dengan lebih lancar dan cekap.

Sistem dan Spesifikasi Kerja
Setiap Peserta akan diberikan No ID dan No Kontrak yang berbeza dan sistematik agar tidak berlaku masalah pertindihan data dan maklumat Peserta adalah terpelihara sepenuhnya.

Perkhidmatan Pelanggan
Memberi maklumbalas dan laporan yang sesuai kepada Peserta.

Tenaga Kerja

Syarikat mempunyai lebih daripada 10 orang kakitangan tetap yang berkelayakan di dalam bidang akuakultur (ternakan ikan sistem kultur laut) serta berpendidikan dan berpengalaman di dalam bidang pengurusan pertanian dan perladangan yang membolehkan syarikat beroperasi dengan lebih cekap dan efisien.

Pengurus dan Penasihat Projek

Program Akademi Akuakultur bertanggungjawab di dalam mengawal selia dan memasarkan produk yang dihasilkan sepanjang Program ini dijalankan.

Khidmat rundingan dan pemasaran serta latihan akan dianjurkan dari masa ke semasa oleh pihak Pengurusan Program.


Tapak Projek Sebelum Di Baikpulih - Ternakan Ikan Sangkar


Tapak Projek Selepas Di Baikpulih - Ternakan Ikan Sangkar





Tapak Projek - Asuhan Anak Benih