• 1 Project 1
    Suspendisse turpis arcu, dignissim ac laoreet a, condimentum in massa.
  • 2 Project 2
    uisque eget elit quis augue pharetra feugiat.
  • 3 Project 3
    Sed et quam vitae ipsum vulputate varius vitae semper nunc.
  • 4 Project 4
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit.

Selamat Datang ke Dunia Akuakultur

| |

SEKTOR PERIKANAN DAN PERTANIAN MALAYSIA

Sektor perikanan dan pertanian sentiasa mempunyai masa depan yang cerah kerana peranan asasnya menyediakan mekanan kepada penduduk negara ini. Sungguhpun kita boleh bergantung kepada import makanan tertentu, tetapi atas dasar keselamatan negara, contohnya risiko peperangan dan sekatan perdagangan dunia (seperti yang berlaku kepada Iraq), Malaysia wajib mengeluarkan makanan asasnya seperti padi, ubi, sayur-sayuran, ikan dan daging walaupun kos pengeluarannya tinggi berbanding dengan kos mengimport.
Bagi sektor pertanian dan makanan, negara telah pun ada Dasar Pertanian Negara Ketiga, DPN3 (1998-2010), oleh itu masa depan sektor pertanian dan makanan dapat dilihat dengan jelas dalam DPN3 di samping dasar-dasar semasa Kerajaan terhadap sektor ini.
Objektif meningkatkan pengeluaran makanan adalah bertujuan bagi mengurangkan kos bil makanan yang diimport yang sentiasa terdedah kepada risiko harga antarabangsa. Pada tahun 2000, jumlah import makanan dianggarkan RM11.2 billion berbanding dengan eksportnya RM6.9 billion; ini bererti defisit perdagangannya ialah RM4.3 billion. Dengan strategi meningkatkan makanan, defisit ini dijangka berkurangan kepada RM2.6 billion pada 2005 dan menjadi surplus RM0.4 billion pada 2010.
Strategi menambahkan sumber bekalan makanan dalam negeri bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan inflasi yang diimport bahkan juga oleh mainan pengeluar-pengeluar makanan dalam negara sendiri.
Komoditi Perikanan
Dasar
Berdasarkan DPN3, objektif perikanan adalah,
* Menentukan bekalan ikan segar yang mencukupi bagi keperluan tempatan dan juga industri pemprosesan.
* Meningkatkan eksport bagi ikan terpilih.
Sasaran
Nilai pengeluaran ikan dijangka meningkat daripada RM5.3 billion pada tahun 2000 kepada RM7.1 billion pada 2005 dan RM9.4 billion pada 2010. Fokus pengeluaran adalah kepada perikanan laut pantai dan akuakultur air payau/masin/tawar iaitu masing-masing menyumbangkan 51% dan 36% kepada anggaran pengeluaran pada tahun 2005.

0 komen:

Catat Ulasan